Menurut adik arwah iaitu penyanyi Ramziela, jenazah abangnya dibawa ke Masjid Al-Makmuriah, Kayu Ara, Damansara untuk  dimandikan dan disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kasawari pernah dikenali menerusi lagu hit mereka seperti Bukan Milik Kita dan Biarpun Terpaksa pada lewat 1980-an dan awal 1990-an.